Friday 21 September 2012

Alhamdulliah dengan berkat kerja bersama ahli2 kumpulan akhirye.....dapat melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah....pembentangan pun da selesai...leganya..... insyaAllah....semoga subjek kali  ini berjaya dan lulus dengan cemerlang......amen.....;)

pembentangan power point & Access UKM Bangi....


Suasana ketika pembentangan power point & access di Fakulti Ekonomi Pengurusan (FEP) UKM, Bangi.... 





































Wednesday 19 September 2012

kemahiran untuk berunding....(assigment)



Apakah yang dikatakan sebagai kemahiran berunding?
Kemahiran berunding atau juga berbincang adalah dirujuk kepada keupayaan yang membolehkan seseorang mencapai sesuatu persetujuan. Kemahiran ini diperlukan apabila 2 orang yang mengharapkan hanya satu perkara antara satu sama lain.
Kenapa kurang kemahiran berunding?
Kekurangan kemahiran berunding disebabkan oleh:
  • Kurangnya pengalaman
  • Tidak matang
  • Peluang untuk berbincang kurang
  • Kurang yakin dengan diri
  • Terlalu merendah diri
Apa akan terjadi apabila kita kurang kemahiran berunding?
Kita tidak:
  • Mencapai apa yang telah kita harapkan
  • Berpuas hati dengan apa yang telah kita ada
  • Berkeyakinan pada diri sendiri
  • Mempunyai harga diri
Bagaimana kita boleh mendapatkan kemahiran berunding?
Langkah2 berikut dapat membantu dalam kemahiran berunding:
  • Kenal pasti apa yang kita perlukan
  • Luahkan pendapat kita
  • Sediakan perancangan diri
  • Kenal pasti keperluan rakan kita
  • Mendengar dengan sepenuh jiwa
  • Ajukanlah masalah
  • Berikan pengetahuan bukan menggertak atau mengugut
  • Sentiasa bersabar
  • Bertolak ansur dengan kreatif
  • Fikirkan rakan kita adalah seperti kawan karib
  • Ceburkan diri dalam pelbagai aktiviti
  • Terima tanggung jawab jika terpilih
Latihan Untuk Menghasilkan Kemahiran Berunding
Kepada siapakah kita boleh meminta bantuan?
Kita boleh memohon bantuan daripada:
  • Keluarga sendiri
  • Ahli keluarga yang kita percayai
  • Kaunselor sekolah
  • Guru2 Agama
ATAU
Dapatkan bantuan pakar profesional:
  • Pakar Psikologi
  • Pakar Psikiatri

Tuesday 18 September 2012

hidup....

Hidup....
punya banyak cara tuk menjatuhkanmu... 
tapi.....
yang benar-benar bisa menjatuhkanmu 
hanyalah sikapmu dalam menghadapinya.....

pemenang & Kekalahan...


Pemenang bukanlah mereka yang tak pernah kalah...
tetapi mereka yang tak pernah berhenti ketika mengalami kekalahan....

Wednesday 12 September 2012

:: Quotes about life ::

:) 
very true.. ;)




p/s : If u wait for perfect conditions, u'll never get anything done..


Monday 10 September 2012

adik-adik UPSR 2012....


Kepada adik2 yang menduduki UPSR pagi nanti. Abang2 disini mendoakan supaya adik2 dapat jawab dengan tenang. Semoga dapat result yang baik agar dapat menggembirakan hati kedua ibu bapa adik2. Tidur awal malam ni! Sebelum pergi ke sekolah, salam kedua ibu bapa anda dan minta restu mereka. Insyallah adik2 dapat jawab dengan tenang. Sebelum jawab kertas soalan, jangan lupa baca doa. Oh ya, jangan lupa bawa pensil, pemadam yang mencukupi :)