Wednesday, 19 September 2012

kemahiran untuk berunding....(assigment)



Apakah yang dikatakan sebagai kemahiran berunding?
Kemahiran berunding atau juga berbincang adalah dirujuk kepada keupayaan yang membolehkan seseorang mencapai sesuatu persetujuan. Kemahiran ini diperlukan apabila 2 orang yang mengharapkan hanya satu perkara antara satu sama lain.
Kenapa kurang kemahiran berunding?
Kekurangan kemahiran berunding disebabkan oleh:
  • Kurangnya pengalaman
  • Tidak matang
  • Peluang untuk berbincang kurang
  • Kurang yakin dengan diri
  • Terlalu merendah diri
Apa akan terjadi apabila kita kurang kemahiran berunding?
Kita tidak:
  • Mencapai apa yang telah kita harapkan
  • Berpuas hati dengan apa yang telah kita ada
  • Berkeyakinan pada diri sendiri
  • Mempunyai harga diri
Bagaimana kita boleh mendapatkan kemahiran berunding?
Langkah2 berikut dapat membantu dalam kemahiran berunding:
  • Kenal pasti apa yang kita perlukan
  • Luahkan pendapat kita
  • Sediakan perancangan diri
  • Kenal pasti keperluan rakan kita
  • Mendengar dengan sepenuh jiwa
  • Ajukanlah masalah
  • Berikan pengetahuan bukan menggertak atau mengugut
  • Sentiasa bersabar
  • Bertolak ansur dengan kreatif
  • Fikirkan rakan kita adalah seperti kawan karib
  • Ceburkan diri dalam pelbagai aktiviti
  • Terima tanggung jawab jika terpilih
Latihan Untuk Menghasilkan Kemahiran Berunding
Kepada siapakah kita boleh meminta bantuan?
Kita boleh memohon bantuan daripada:
  • Keluarga sendiri
  • Ahli keluarga yang kita percayai
  • Kaunselor sekolah
  • Guru2 Agama
ATAU
Dapatkan bantuan pakar profesional:
  • Pakar Psikologi
  • Pakar Psikiatri

No comments:

Post a Comment